Thursday 26 January 2012

Movie & Drama Malaysia



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ  وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُه

Selamat Pagi dunia.... Segarnye miss rasa hari ni Alhamdulillah... Betul kata uztaz & uztazah jika kita tambahkan amalan kita akan rasa tenang dan lebih hepi walaupun sebenarnya kita ada masalah yang berat.. InsyaAllah.... hi6 ok hari ni miss nak cerita tentang movie & drama Malaysia sekarang ni... Malam semalam miss sempat gak layan drama Aishiteru @tv9..  Di lakonkan oleh Afiq Muiz, Erin Malik, Izue Islam, Dato’ Jalaluddin Hassan dan juga Wan Nor Azlin. Drama ini ada 13 episod...  Kisah bermula dengan Izrael, lakonan Afiq Muiz yang mempunyai tabiat suka berfoya-foya dan sering bertukar pasangan. Suatu hari ketika bersuka-ria di pub bersama rakan-rakan, Izrael ditahan oleh penguatkuasa kerana didapati memiliki pil ecstacy. Izrael bingung kerana dia sememangnya tidak pernah mengambil pil khayal itu dan hairan bagaimana pil itu boleh berada didalam poketnya. Akhirnya Izrael mendapat tahu ianya adalah kerja bekas teman wanitanya bernama Rania yang masih berdendam dengan Izrael kerana memutuskan hubungan cinta mereka.
Sehingga suatu hari, dia telah menyelinap mengikut rakan-rakannya bercuti ke Pulau Pangkor. Di satu perkampungan nelayan, Azira, lakonan Erin Malik, meratap sedih kerana terpaksa melepaskan sahabat baiknya Ammar melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
Izrael dan rakan-rakannya terserempak dengan Azira dan mereka mengusik Azira. Izrael yang sememangnya dikenali sebagai kaki perempuan dikalangan rakan-rakannya telah mengusik Azira yang mempunyai perwatakan yang cantik dan lembut. Sikap ‘jual mahal’ Azira membuatkan Izrael semakin tertarik untuk mendekatinya. Pelbagai cara dilakukan oleh Izrael sehingga penduduk kampung menyangka Azira telah menggatal dengan pemuda dari bandar. Gara-gara mulut Muna yang suka menjaga tepi kain orang terutamanya Azira menguatkan lagi sangkaan buruk penduduk kampung terhadap Azira. Azmi, abang Azira yang bersikap baran telah mengamuk dan telah menggertak untuk mengahwinkan Azira dengan Izrael. 
Cerita ni juga tentang sepasang remaja muda yang berkahwin awal.. Bestnya cerita ni sebab remaja ni meneruskan zaman cinta mereka tetapi sebagai suami isteri... macam biasa la cerita nye miss rasa mula2 mereka ni kahwin secara paksa oleh keluarga.. Teruskan kehidupan dengan gaduh2 then akhirnya nanti mereka akan sayang antara satu sama lain.. Kalau tak caya kita tunggu je cerita ni sampai penghujung nye... Untuk lebih lanjut ikuti cerita ni di Tv9 ye.Miss suka gak tengok pasangan yang berkahwin muda ni... Miss dulu pun pernah gak letak harapan nak kahwin muda tapi Jodoh belum sampai... Miss sentiasa doakan semoga miss akan di temukan dengan jodoh yang baik yang dapat membimbing miss ke jalan yang di redhai suatu hari nanti InsyaAllah... 

Aishiteru Khamis 8.30 mlm


Habis je drama ni Miss beralih plak pada Astro Ria cerita "Satu Malam Perawan".. Tajuknya je dah takut miss dengar.... Tu yang bersungguh2 miss nak tengok... Drama Satu Malam Perawan Lakonan Diana Danielle  bersiaran pada 26hb Januari 2012 (Khamis) Pukul 9.00 malam di slot Layaria , astro ria.Drama ni dikategorikan ,  . Pelakon lain yang  membintangi drama Satu Malam Perawan antaranya
Erin Malek , Wan Nur Azlin , Sheila Rusli dan Razak Ahmad... Sipnosisnye seperti Aisyah (Dania Danielle) dan adiknya, Mira (Erin Malik) telah diculik dan dijual kepada Mummy Nora dan akhirnya dilacurkan dalam usia yang begitu muda, iaitu 16 tahun. Walaupun tersiksa, Aisyah tidak pernah berhenti berdoa dan berusaha untuk melarikan diri. Saban hari Aisyah menghitung hari sehinggalah hari ke-21 tiba. Walaupun Badang mengawal ketat Aisyah, tetapi semangat Aisyah untuk melarikan diri mengatasi segalanya. Badang telahmenembak Aisyah sewaktu dia cuba lari, namun segalanya di saksikan oleh 2 orang pengawal hotel akhirnya Badang telah menembak dirinya sendiri. Cerita ni miss tak faham jalan ceritanya dan endingnya pun sekadar pada tulisan.. Miss juga baca banyak komen di facebook atas watak Kak nona yang di lakonkan oleh Sheila Rusli ni.. Kak nona ni wataknya seperti mak ayam tapi yang penonton2 tak puas hati tu sebab sheila rusli ni memakai tudung... Hurmmm pening gak miss mula tu.. Tapi bagi miss mybe di zaman 2012 ni ada mak ayam yang bertudung kot... Dan mungkin juga kak sheila kita ni dah pakai tudung tapi dia tetap nak membawa watak ni... So takkan la dia nak membuka tudungnya pula semata2 ketentuan skrip kan? Apa pun kita janganla cepat melatah.. Bagi miss kita ambil yang jernih buang yang keroh.. Jadikan segala tu sebagai pengajaran.. he6 takmo gaduh2 ye...




Untuk movie yang miss baru tengok pulak adalah movie yang terhangat sekarang ni " underworld"... Movie ni dari mula start sampai ke endingnye penuh dengan action je sampaikan miss pun terkejut bila lampu dah di pasang.. Tak puas rasa miss tengok.. Movie ni berkisar tentang sambunga saga perang antara Vampire dan Lycans. "Underworld: Awakening" menceritakan tentang vampir Selene (Kate Beckinsale) yang baru bangun setelah mengalami koma selama lima belas tahun. Ia pun menyadari bahwa dirinya memiliki putri berusia empat belas tahun yang merupakan persilangan antara vampir dan Lycan, Nissa. Ketika ia menemukan putrinya, mereka harus menghentikan BIOCOM untuk menciptakan Super Lycans yang akan membunuh mereka semua.. Miss rasa movie ni miss bagi 5 bintang.. Korang kena pegi tengok dan saksikan sendiri kehebatan movie ni....

Underworld_Awakening movie poster


So movie miss for this week is Journey The Mysterious Island 2... Miss tak tengok chapter first dia agak2 miss faham tak jalan cerita nya nanti? he2 apa2 pun miss akan tengok dulu then baru miss akan komen cerita ni.. Nampak macam menarik.. harap2 miss tak kan kecewa la... Miss rasa tahun 2012 ni banyak mempertaruhkan movie yang hebat2.. Rasa nya belanjawan miss akan banyak di habis kan di TGV or GSC nanti.. aduhaiii ni la nama nya hobikan... So layankan je la... k daaaaaaaaaaaaaaaaaaa




No comments:

Post a Comment