Sunday 13 May 2012

Berdepan Dengan Bos Bermasalah???


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ  وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُه

Salam sejahtera semua... Mesti semua yang baca tajuk entri kali ni tertanya-tanya kenapa pulak miss tibe-tibe buat entri ni kan... Seperti yang semua tahu, dalam blog ni miss akan kongsi setiap kisah suka duka dalam kehidupan miss yang miss rasa miss nak share ngan semua.. 

Miss sekarang dah TIDAK tahan dengan sikap bos, berasa bosan dan tidak bersemangat untuk datang kerja semata-mata kerana sikapnya walaupun miss sebenarnya mempunyai motivasi yang tinggi, minat terhadap pekerjaan dan sayangkan suasana di pejabat, terutama pergaulan dengan rakan-rakan miss.
Tidak dinafikan kebanyakan daripada kita berdepan dengan masalah ini. Bos yang tidak sepatutnya berada di kedudukan itu, tegas tak tentu pasal, kasar dengan kakitangan,ataupun tidak tahu menghargai pekerja – apa juga masalah tentu ada jalan penyelesaiannya. Jangan biarkan suasana itu menjejaskan pekerjaan dan kehidupan so kita kenalah belajar untuk mengatasinya


Untuk entri kali ni miss nak story sikit tentang satu kejadian yang baru berlaku pada 11 Mei 2012.. Kejadian ni miss rasa sangat-sangat tidak setuju dengan bos tempat miss bekerja... Bukan la kata miss ni nak jadi penentang ke apa cuma miss rasa cara dia tu kurang selesa buat semua pekerja...

Miss ni takde la teruk sangat sampai tak boleh terima teguran tapi miss rasa cara dia nak menegur tu mybe ada silap.. Tapi dia tidak dapat menerima ape pandangan atau feedback diri miss.. Sekurang-kurangnya die perlu tanya miss dulu sebelum terus menerima komen-komen tentang orang luar... Entah lah miss bukan nak menegakan benang yang basah cuma miss mahu di adili dengan lebih adil dan saksama... Sebab ini melibatkan maruah dan kredibiliti dalam kerja miss...

So pagi ni miss pun apa lagi tanya Mr. kesayangan miss iaitu Mr. Google dan miss dah jumpa satu tips menangani masalah ni... Jom miss sharekan

Tanda-tanda menunjukkan seseorang bos yang teruk
Tidak mempercayai pekerjanya,tidak menghargai pekerjanya, tidak ada tolak ansur, tidak pernah membabitkan kerja dalam sebarang proses penting, bersikap kasar, tidak mesra pekerja, tidak yakin dengan tugasan pekerjanya, memberikan terlalu banyak kerja yang sudah tentunya mustahil untuk disiapkan menjelang tempoh deadline.

Bos Jenis Seorang Diktator
Mereka merupakan bos yang suka mengambil tahu setiap perkara yang dilakukan oleh pekerjanya. Apa-apa sahaja, sehingga kepada perkara sekecil-kecilnya. Mereka mungkin memahami konsep pembahagian tugas tetapi dalam masa yang sama ada pendirian mereka tersendiri.Mesti ikut arahan, walaupun arahan itu pada pandangan anda tidak masuk akal.
Sebagai pekerja, sepatutnya kita diberikan sedikit kebebasan menggunakan kreativiti tersendiri. Tetapi mereka yang bersikap diktator tidak akan membiarkan perkara itu berlaku. Dia sentiasa akan memerhatikan dan melihat hasil kerja para pekerjanya dan memberikan pandangannya yang mesti anda patuhi.
Dalam dunia pekerjaan, sememangnya sukar untuk menemukan kesempurnaan antara majikan (bos) dan pekerja, melainkan kedua-dua belah pihak bersedia untuk bertolak ansur. Kesetiaan para pekerja penting dalam apa juga pekerjaan tetapi kesetiaan itu selalunya terhakis akibat sikap buruk bos.
Apabila keadaan ini berlaku moral para pekerja akan merosot sekali gus memberi kesan kepada produktiviti.Tetapi sebagai pekerja dan anda memerlukan pekerjaan untuk menampng kehidupan, anda sebenarnya tidak boleh mengalah dengan situasi. Banyak yang boleh anda lakukan mengatasinya.

Apa yang harus anda lakukan!
Sediakan kemajuan laporan dalam bentuk mingguan, dua minggu sekali atau bulanan.lni boleh dijadikan senjata untuk menangani bos yang bermasaalah.Tunjukkan segala kemajuan yang anda buat sehingga yang terkini. Kesannya ia mungkin akan dapat membantu meninggkatkan semula hubungan anda dengan bos sekali gus menjadikan suasana kerja anda lebih menyenangkan.Sudah tentu bos anda tidak akan mempunyai alasan untuk cari kesalahan anda.

  • Tumpukan kepada masalah pekerjaan, bukannya bos.

Jangan malu atau takut untuk menyuarakan sesuatu yang anda rasakan betul. Tumpukan kepada kerja anda. Jangan simpan dalam hati segala kata-kata dan tindakannya bersikaplah, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

  • Cuba Berkerjasama dengan bos  dan jangan menentangnya.

Cuba berkerjasama dengan bos anda kerana ia boleh mewujudkan keserasian antara anda berdua.Cubalah bersikap proaktif walaupun
ada kalanya dia cuba mendapatkan pujian atas usaha anda. Sedangkan
dia tahu dia tidak berhak atas pujian itu.

  • Jika Mampu , Buat Rancangan pertemuan diluar pejabat

Anda ingin berbincang dengannya untuk mengemukakan idea baru tetapi dia selalu tidak ada masa untuk anda. Apa kata cubalah pelawa dia untuk minum bersama selepas waktu pejabat untuk berbincang beberapa perkara. Cara ini bukan sahaja menunjukkan anda seorang pekerja yang berdedikasi tetapi juga anda berusaha untuk mewujudkan hubungan baik dengan dia. Tetapi ingat berbincanglah perkara yang membina untuk kerjaya anda sahaja dan bukannya ada niat lain.

  • Tukar ke jabatan lain atau meletakkan jawatan

Akhir sekali jika semua yang anda lakukan gagal, cuba minta untuk ditukarkan ke jabatan lain atau jalan terakhir menghantar surat meletakan jawatan Jika anda merasakan tindakan anda betul can merasa segala kerja anda selama ini ticak dihargai, jangan bimbang, tentu banyak peluang lain menanti anda di luar.
Bagaimanapun, sebelum membuat sebarang keputusan untuk berhenti, tanarnkan dalam fikiran anda, untuk mendapatkan pekerjaan bukan sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi ketika keadaan ekonomi sekarang. Segala-galanya terletak di tangan anda. Jika anda merasakan yang menjadi masalah pada anda ialah sikap bos anda, belajar untuk cuba memahaminya.

So, miss pun banyak-banyakan beristigfar dan cuba tak melawan la bos miss tu.. Biarlah dia asalkan die bahgia dengan apa yang die buat ye takkkk... Ade mak kesahhhhhh !!!!!!!! hu6











Riang-ria kan hati anda seperti bunga-bunga ini..... smile always okey







5 comments:

  1. ye la..nak x nak kita yg bekerja di bwahnye terpaksa akur.. :)

    ReplyDelete
  2. Kekadang rase nak tumbuk terajang je setan dlm bos tu keluar dari badan die. I luv my supervisor.

    ReplyDelete
  3. bos sy cine..lagi la masak..selalu cari pasal..semue tande2 tak elok pasal bos tu ad kat entri ni..tapi tula mak sy pesan ikhlas je kerje..insyaallah ad bende baik jugak nanti dpt kat kite

    ReplyDelete
  4. bos saya ni pulak skarang makin menjadi..x nak cakap n tngok muka saya..siap wat laporan yg tidak masuk akal(tidak melibatkan kerja dan masalah disiplin) hantar ke pihak atasan dengan harapan boleh buang saya dari kerja..kerja saya di ambil alih..dah lah tu diperburukkan saya kepada org yang saya x kenal..sedih bila kenang ada juga manusia yang berhati busuk..sekarang saya pun x tau nak buat apa..permohonan pertukaran dah saya buat tapi x taulah..

    ReplyDelete