Wednesday 2 May 2012

Kita Jatuh Cinta 4 Kali Seumur Hidup??? ye kerrr???


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ  وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُه

Alhamdulillah...miss selamat meraikan cuti dengan baik selama 4 hari di kampung... Dapatlah miss luangkan masa bersama family dan Cik Mek Molek miss tu... Ada juga sesuatu yang teristimewa dah terjadi.. Apa tue?? heheh tunggguuuuuuuuuuuuuuuu....

Berbalik pada tajuk miss kan...ye ker kan?? Ini FAKTA atau AUTA??  soBerapa jumlah bekas kekasih anda? Mungkin anda akan menjawab dua, lima, bahkan mungkin 10. Miss sendiri pun rasa2 miss ada lebih dari 4 bekas teman lelaki...Namun, jumlah bekas kekasih ternyata tidak menunjukkan berapa kali anda jatuh cinta. Menurut kajian Opera North, rata-rata orang jatuh cinta empat kali dalam hidupnya.

Hasil kajian opera company ini juga menunjukkan bahawa kebanyakan orang memutuskan untuk bernikah pada usia 27 tahun, dan 33 peratus berkahwin dengan cinta pertama mereka. Namun, empat dari 10 orang mengaku berkahwin dengan kekasih kedua, dan 61 peratus orang menyesal kerana membiarkan hubungan dengan cinta pertamanya pergi. So, agak2 miss berjaya tak tamatkan zaman bujang miss pada usia 26 tahun??? hurrrmmm doa-doakan la yerrr... mudah-mudahan di kuatkan jodoh... Aminnnn

Seperti yang dialami kebanyakan orang, usia 20-an adalah waktunya mencari pasangan (tepatnya mencari cinta), terlihat dari lapan dari 10 orang mengalaminya. Kemudian, empat dari 10 orang jatuh cinta di usia 30-an, dan bahkan pertiga daripada 2,000 orang yang disurvey masih mencari cinta di usia 40-an. Sepertiga orang juga mengaku pernah jatuh cinta dengan lebih daripada satu orang pada masa yang sama.


Sayangnya, kita juga harus menghadapi kenyataan. Terbukti, empat dari 10 orang jatuh cinta pada seseorang, tetapi cintanya tidak berbalas. Sepertiga orang yang disurvey pernah berniat kembali dengan bekas kekasih, tetapi hanya satu daripada tiga yang berjaya melakukannya.

Yang menarik, terungkap juga bahawa 41 peratus orang mengalami "cinta terlarang" kerana jatuh cinta dengan orang yang seharusnya tidak mereka miliki, seperti rakan kerja, rakan baik, orang asing, bahkan orang tua teman. Ya, kita tidak boleh memilih dengan siapa kita jatuh cinta, bukan (demikian menurut 77 peratus orang yang disurvey)? Cakap bab CINTA TERLARANG ni miss pun pernah melalui pengalaman itu.. Memang sedih...hu6 Hanya orang-orang yang melaluinya sahaja yang akan tahu macam mana rasanyerrr... heheh ( KISAH LAMA JANGAN DI KENANG )


So , korang rasa camne? cuba korang buat list tengok betul tak fakta ni?? hihi k daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........



No comments:

Post a Comment