Monday, 14 May 2012
30 Perkara Perempuan tak Sempat Bagitau Lelaki....
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
Sunday, 13 May 2012
Berdepan Dengan Bos Bermasalah???
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُه
Salam sejahtera semua... Mesti semua yang baca tajuk entri kali ni tertanya-tanya kenapa pulak miss tibe-tibe buat entri ni kan... Seperti yang semua tahu, dalam blog ni miss akan kongsi setiap kisah suka duka dalam kehidupan miss yang miss rasa miss nak share ngan semua..
Miss sekarang dah TIDAK tahan dengan sikap bos, berasa bosan
dan tidak bersemangat untuk datang kerja semata-mata kerana sikapnya walaupun
miss sebenarnya mempunyai motivasi yang tinggi, minat terhadap pekerjaan dan
sayangkan suasana di pejabat, terutama pergaulan dengan rakan-rakan miss.
Tidak dinafikan kebanyakan daripada kita berdepan
dengan masalah ini. Bos yang tidak sepatutnya berada di kedudukan itu, tegas tak
tentu pasal, kasar dengan kakitangan,ataupun tidak tahu menghargai pekerja – apa
juga masalah tentu ada jalan penyelesaiannya. Jangan biarkan suasana itu
menjejaskan pekerjaan dan kehidupan so kita kenalah belajar untuk
mengatasinya
Untuk entri kali ni miss nak story sikit tentang satu kejadian yang baru berlaku pada 11 Mei 2012.. Kejadian ni miss rasa sangat-sangat tidak setuju dengan bos tempat miss bekerja... Bukan la kata miss ni nak jadi penentang ke apa cuma miss rasa cara dia tu kurang selesa buat semua pekerja...
Miss ni takde la teruk sangat sampai tak boleh terima teguran tapi miss rasa cara dia nak menegur tu mybe ada silap.. Tapi dia tidak dapat menerima ape pandangan atau feedback diri miss.. Sekurang-kurangnya die perlu tanya miss dulu sebelum terus menerima komen-komen tentang orang luar... Entah lah miss bukan nak menegakan benang yang basah cuma miss mahu di adili dengan lebih adil dan saksama... Sebab ini melibatkan maruah dan kredibiliti dalam kerja miss...
So pagi ni miss pun apa lagi tanya Mr. kesayangan miss iaitu Mr. Google dan miss dah jumpa satu tips menangani masalah ni... Jom miss sharekan
Tanda-tanda
menunjukkan seseorang bos yang teruk
Tidak mempercayai pekerjanya,tidak menghargai
pekerjanya, tidak ada tolak ansur, tidak pernah membabitkan kerja dalam
sebarang proses penting, bersikap kasar, tidak mesra pekerja, tidak yakin dengan
tugasan pekerjanya, memberikan terlalu banyak kerja yang sudah tentunya mustahil
untuk disiapkan menjelang tempoh deadline.
Bos Jenis Seorang Diktator
Mereka merupakan bos yang suka mengambil tahu
setiap perkara yang dilakukan oleh pekerjanya. Apa-apa sahaja, sehingga kepada
perkara sekecil-kecilnya. Mereka mungkin memahami konsep pembahagian tugas
tetapi dalam masa yang sama ada pendirian mereka tersendiri.Mesti ikut arahan,
walaupun arahan itu pada pandangan anda tidak masuk akal.
Sebagai pekerja, sepatutnya kita diberikan
sedikit kebebasan menggunakan kreativiti tersendiri. Tetapi mereka yang bersikap
diktator tidak akan membiarkan perkara itu berlaku. Dia sentiasa akan
memerhatikan dan melihat hasil kerja para pekerjanya dan memberikan pandangannya
yang mesti anda patuhi.
Dalam dunia pekerjaan, sememangnya sukar untuk
menemukan kesempurnaan antara majikan (bos) dan pekerja, melainkan kedua-dua
belah pihak bersedia untuk bertolak ansur. Kesetiaan para pekerja penting dalam
apa juga pekerjaan tetapi kesetiaan itu selalunya terhakis akibat sikap buruk
bos.
Apabila keadaan ini berlaku moral para pekerja
akan merosot sekali gus memberi kesan kepada produktiviti.Tetapi sebagai pekerja
dan anda memerlukan pekerjaan untuk menampng kehidupan, anda sebenarnya tidak
boleh mengalah dengan situasi. Banyak yang boleh anda lakukan
mengatasinya.
Apa yang
harus anda lakukan!
Sediakan kemajuan laporan dalam bentuk mingguan,
dua minggu sekali atau bulanan.lni boleh dijadikan senjata untuk menangani bos
yang bermasaalah.Tunjukkan segala kemajuan yang anda buat sehingga yang terkini.
Kesannya ia mungkin akan dapat membantu meninggkatkan semula hubungan anda
dengan bos sekali gus menjadikan suasana kerja anda lebih menyenangkan.Sudah
tentu bos anda tidak akan mempunyai alasan untuk cari kesalahan
anda.
- Tumpukan kepada masalah pekerjaan, bukannya bos.
Jangan malu atau takut untuk menyuarakan sesuatu
yang anda rasakan betul. Tumpukan kepada kerja anda. Jangan simpan dalam hati
segala kata-kata dan tindakannya bersikaplah, ibarat masuk telinga kanan keluar
telinga kiri.
- Cuba Berkerjasama dengan bos dan jangan menentangnya.
Cuba berkerjasama dengan bos anda kerana ia boleh
mewujudkan keserasian antara anda berdua.Cubalah bersikap proaktif
walaupun
ada kalanya dia cuba mendapatkan pujian atas usaha anda. Sedangkan
dia tahu dia tidak berhak atas pujian itu.
ada kalanya dia cuba mendapatkan pujian atas usaha anda. Sedangkan
dia tahu dia tidak berhak atas pujian itu.
- Jika Mampu , Buat Rancangan pertemuan diluar pejabat
Anda ingin berbincang dengannya untuk
mengemukakan idea baru tetapi dia selalu tidak ada masa untuk anda. Apa kata
cubalah pelawa dia untuk minum bersama selepas waktu pejabat untuk berbincang
beberapa perkara. Cara ini bukan sahaja menunjukkan anda seorang pekerja yang
berdedikasi tetapi juga anda berusaha untuk mewujudkan hubungan baik dengan dia.
Tetapi ingat berbincanglah perkara yang membina untuk kerjaya anda sahaja dan
bukannya ada niat lain.
- Tukar ke jabatan lain atau meletakkan jawatan
Akhir sekali jika semua yang anda lakukan gagal, cuba minta
untuk ditukarkan ke jabatan lain atau jalan terakhir menghantar surat meletakan
jawatan Jika anda merasakan tindakan anda betul can merasa segala kerja anda
selama ini ticak dihargai, jangan bimbang, tentu banyak peluang lain menanti
anda di luar.
Bagaimanapun, sebelum membuat sebarang keputusan
untuk berhenti, tanarnkan dalam fikiran anda, untuk mendapatkan pekerjaan bukan
sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi ketika keadaan ekonomi sekarang.
Segala-galanya terletak di tangan anda. Jika anda merasakan yang menjadi masalah
pada anda ialah sikap bos anda, belajar untuk cuba memahaminya.
Riang-ria kan hati anda seperti bunga-bunga ini..... smile always okey
Thursday, 10 May 2012
Mengapa hati resah????
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُه
Salam Sejahtera dan salam satu malaysia... Tibe-tibe pagi ni miss bangun miss di landa sebuah mimpi... Tak tahu kenapa... Mybe miss terlalu banyak fikir atau ade sesuatu di sebaliknya... Wallahualam bi shawab (والله أعلم بالصواب) Allah knows what is the correct.... Sebagai hamba-Nya miss hanya mampu berdoa moga-moga ia sebuah petunjuk yang baik...
Semalam lak miss melayan cerita "Lagenda Budak Setan"... Ada satu ayat yang mengusik hati miss...
"Cinta kalau kita kejar , ia akan menjauh pergi... Kalau lagi kuat kita kejar , lagilah semakin jauh ia akan pergi...."
Tibe-tibe datang perasaan resah gelisah.. Adakah benar Dia di takdirkan untuk miss?? Sejauh mana akan berlaku perancangan yang miss dan Dia buat ni??? Allah knows what is the correct.... Miss hanya mampu terus berdoa....
Sampai je opis terus buka Mr. Google.. Taip-taip jer dapat ayat ni... Jom miss sharekan...
DOA KETIKA HATI RESAH.....
Bismillahirrahmanirrahim...
Allahhumma la sahla illa maa jaa'ltahu sahlan wa anta
taja'lulhazna izaa syikta sahla
Ya Allah..tiadalah yang mudah melainkan yang Engkau
jadikan dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja Engkau
kehendaki
Ya
Allah...
Kau
kuatkanlah hatiku,
Kau
tenangkanlah perasaanku,
menghadapi
saat-saat yang ku nanti,
sesungguhnya hanya padaMu ya
Allah,
tempat
memohon pertolongan...
Ya
Allah...
Kau berilah
petunjuk dan hidayahMu,
Apa yang
terbaik untukku,
jangan lah
kau beri kesakitan padaku
yang tak
dapat aku tanggung...
Ya
Allah...
Kau
permudahkanlah untukku,
Kau
selamatkanlah segalanya...
hanya Kau
yang berkuasa
menentukan
segalanya ya Allah...
amin...
Tetiba miss terasa sedih sangat....Kenapa la miss ni asyik lupakan Dia? Time senang,
asyik la lupa dia. Tp bila perlukan pertolongan atau dalam masalah , barulah miss teringat Dia.. Baru mencari
Dia...Berdosanya miss....
Ya Allah, janganlah Kau jauhkan hatiku dari
Mu..Dekatkanlah diriku dgn Mu...Amin
Semoga ditabahkan hati dan ditenangkan perasaanku...
Wednesday, 9 May 2012
Gambar Majlis Perkahwinan Awal Dan Scha Daripada CandidSyndrome
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُه
Selamat pagi dan salam satu malaysia... Tup tap tup tap dah masuk bulan MEI kan... Tak sedar miss dah nak hampir separuh tahun 2012... Kejap betul masa berlalukan.. Sekarang ni dah masuk musim perkahwinan.. Artis pun dah ramai yang melangsungkan perkahwinan mereka.. Miss ni bila la yer... Doa-doakan lah yang terbaik buat miss k... He6 cakap pasal kahwin ni, paling seronok perempuan la.. Mana tak nye tak sabar nak melaram dengan baju kahwin... Miss terpikat , tergoda , terkesima dengan semua terr lagi la terhadap baju kahwin Awal with Scha tempoh hari... Sangat sweet di mata miss... Terasa bagai nak juga pakai baju macam tu.... Alahaiiiiiii
Jom kita layan beberapa keping gambar yang miss ambil dari CandidSyndrome....
sangat sweet kan... Macam pinang di belah dua... Congratulation and Selamat pengantin Baru buat Awal dan Scha... Semoga Kekal ke akhir hayat.... Aminnnn............................
Tuesday, 8 May 2012
Siapa lelaki?? Mengapa sikapnya begitu??
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُه
Lelaki ohhh Lelaki..... Aduiii pening kepala miss kalau fikir pasal makhluk Allah yang bernama LELAKI.... Ayah miss lelaki...abang2 miss lelaki juga.... Adik miss lelaki juga.... Tapi miss tak faham dengan sikap lelaki sebenarnya...Apa yang diaorang mahu sebenarnya? Mengapa Allah ciptakan lelaki ni suka di kelilingi ramai perempuan ye? سبحان الله
Ada beberapa topik miss nak kupaskan hal ni korang tolong la fikirkan2 ye...
1) Kenapa lelaki mudah berubah hati
Ramai perempuan tak puas hati bila lelaki berubah hati
‘’mau tak tension bertahun curah kasih sayang sekelip mata suka yang lain’’.
Wawaaawaaa!Paling menyakitkan hati bila sang Lelaki ini boleh pulak jatuh cinta dengan wanita yang tidak cantik malah jauh lebih tua dari usia lelaki tu sendiri. Kehkehkeh! Persoalannya Why! Why! Why?
P/s: Kadang – kadang lelaki kena ingat jangan
terlalu mengejar kesempurnaan kerana perempuan ini sentiasa ada yang lebih baik
”Kuota hanya Empat, jangan sampai hidup melarat di tepi jalan tempat
kamu merempat”. Kehkehkeh!
so fikir-fikirkanlah okeyyyyyy... Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
‘’mau tak tension bertahun curah kasih sayang sekelip mata suka yang lain’’.
Wawaaawaaa!Paling menyakitkan hati bila sang Lelaki ini boleh pulak jatuh cinta dengan wanita yang tidak cantik malah jauh lebih tua dari usia lelaki tu sendiri. Kehkehkeh! Persoalannya Why! Why! Why?
Maka timbullah segala tanggapan negatif bagai terutama black Magic tapi put
aside tang minyak seyonyong ini. Kehkehkeh!
‘’Aku punya lawa solid molid
sexy bagai boleh pulak minah selenge tuu yang dipilihnya’’
Oittt Cik kak, bukan semua lelaki pandang pada fizikal saja
‘’Because look is
got nothing to do with..compare to companionship’’.
Lelaki mana tak
berubah hati kalau setiap masa yang dapat cuma makian tak henti – henti.
Pengalaman mengatakan
‘’Don’t u ever tried to couple with arrogant
woman’’
Perempuan kategori ego melampau tahap gaban ini selalunya
istilah yang sebetulnya ‘’Queen control’’. Hah, u shud know
lelaki tak suka dikawal dan mendapat arahan bertubi – tubi dari seorang
Perempuan.
Paling lelaki pantang tang fitnah terutama hasutan rakan –
rakan yang tak tahu hujung pangkal. Berbuih – buih mulut duk explain tapi yang
masuknya kata – kata manis rakan seperjuangan mau rasa nak hadiahkan clorox
berbakul – bakul. Kehkehkeh! ye kerrrr??? Adeee miss kesahhhh ??? hahahah
2) Kenapa lelaki suka curang
- sebab perempuan lagi ramai so bleh try2..
- sebab nak yang perfect untuk jadi pasangan ( macam DIA tu perfect sangat ker?? )
- sebab girlfriend suka buat perangai.. ( kadang2 ni sebagai alasan jer )
- sebab girlfriend xcantik ( DIA hensom sangat ker?? )
- sebab ego tinggi ( kononnye cool ) so sesuke hati nk curang ke x..
- sebab bajet @ perasan hensem lagi howt (erk..muntah ijauuu..)
- sebab nak test market
- sebab kurang kasih sayang girlfriend
- sebab gatal lagi miang
- sebab xtahan godaan lagi2 perempuan cun
Yes, lelaki memang suka curang! Adatlaaa sangat!!!
Lelaki boleh kawen ramai, perempuan pulak berderet – deret rugilaaa kalau tak
memilih. Wahahahaha!
“Nama lagi lelaki, memanglah curang! Tak boleh percaya!” so berwaspada lah kamu wahai wanita...
so fikir-fikirkanlah okeyyyyyy... Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Tiada yang SEMPURNA di dunia ini....
Time mula bercinta....Semuanya manisssss......
Akhirnya bila dah bosan begini yang terjadi....
Akhirnya begini kesudahan sebuah hubungan................
Wednesday, 2 May 2012
Kita Jatuh Cinta 4 Kali Seumur Hidup??? ye kerrr???
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُه
Alhamdulillah...miss selamat meraikan cuti dengan baik selama 4 hari di kampung... Dapatlah miss luangkan masa bersama family dan Cik Mek Molek miss tu... Ada juga sesuatu yang teristimewa dah terjadi.. Apa tue?? heheh tunggguuuuuuuuuuuuuuuu....
Berbalik pada tajuk miss kan...ye ker kan?? Ini FAKTA atau AUTA?? so , Berapa jumlah bekas kekasih anda? Mungkin anda akan menjawab dua, lima, bahkan
mungkin 10. Miss sendiri pun rasa2 miss ada lebih dari 4 bekas teman lelaki...Namun, jumlah bekas kekasih ternyata tidak menunjukkan berapa kali
anda jatuh cinta. Menurut kajian Opera North, rata-rata orang jatuh cinta empat
kali dalam hidupnya.
Hasil kajian opera company ini juga menunjukkan bahawa kebanyakan orang memutuskan untuk bernikah pada usia 27 tahun, dan 33 peratus berkahwin dengan cinta pertama mereka. Namun, empat dari 10 orang mengaku berkahwin dengan kekasih kedua, dan 61 peratus orang menyesal kerana membiarkan hubungan dengan cinta pertamanya pergi. So, agak2 miss berjaya tak tamatkan zaman bujang miss pada usia 26 tahun??? hurrrmmm doa-doakan la yerrr... mudah-mudahan di kuatkan jodoh... Aminnnn
Seperti yang dialami kebanyakan orang, usia 20-an adalah waktunya mencari pasangan (tepatnya mencari cinta), terlihat dari lapan dari 10 orang mengalaminya. Kemudian, empat dari 10 orang jatuh cinta di usia 30-an, dan bahkan pertiga daripada 2,000 orang yang disurvey masih mencari cinta di usia 40-an. Sepertiga orang juga mengaku pernah jatuh cinta dengan lebih daripada satu orang pada masa yang sama.
Sayangnya, kita juga harus menghadapi kenyataan. Terbukti, empat dari 10 orang jatuh cinta pada seseorang, tetapi cintanya tidak berbalas. Sepertiga orang yang disurvey pernah berniat kembali dengan bekas kekasih, tetapi hanya satu daripada tiga yang berjaya melakukannya.
Yang menarik, terungkap juga bahawa 41 peratus orang mengalami "cinta terlarang" kerana jatuh cinta dengan orang yang seharusnya tidak mereka miliki, seperti rakan kerja, rakan baik, orang asing, bahkan orang tua teman. Ya, kita tidak boleh memilih dengan siapa kita jatuh cinta, bukan (demikian menurut 77 peratus orang yang disurvey)? Cakap bab CINTA TERLARANG ni miss pun pernah melalui pengalaman itu.. Memang sedih...hu6 Hanya orang-orang yang melaluinya sahaja yang akan tahu macam mana rasanyerrr... heheh ( KISAH LAMA JANGAN DI KENANG )
So , korang rasa camne? cuba korang buat list tengok betul tak fakta ni?? hihi k daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........
Friday, 27 April 2012
SIAPA BERANI SANGAT??
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُه
hye blogger dan pembaca... Rasa nye lama juge miss tak update blog ni kan... rindu rasa nye nak menulis... Ape pun InsyaAllah miss akan cuba sedaya upaya meng update semampu yang mungkin tentang setiap kejadian manis yang telah berlaku dlm hidup miss.
first ni tengah ada masa terluang miss ade baca satu blog ni berkaitan dengan keberanian... Pembaca mesti terkejut kalau miss tanyakan sape yang berani bergambar dgn haiwan yg akan miss letakkan gambar nye nanti.. Ok pada yg mengandung ataupun yg lemah semangat jgn tengok ye... hihihihi
SAPE YANG BERANI AGAK2 NYA BERGAMBAR DENGAN CIK BELANG COMEYYY NI YE? HUHUHU
Sebuah kawasan pelancongan di Thailand yang dikendalikan
para bikshu memberikan kesempatan kepada pelancong untuk bergambar mesra dengan Cik Belang yang telah dilatih ni.. Jom layan gambar2 yg agak extream ni... :)
heheh nampak macam comeyyy jer cik belang ni kan.. Tapi sekali die ngap??? heheh so kalau u olls teringin nak belai2 cik belang ni gi la Thailand okeyyy...
daaaaaaaaaaaaaaaa.....
Wednesday, 1 February 2012
Ujian & Dugaan Tanda Kasih Sayang Allah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُه
Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’)
serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi
maksud yang sama. [Al-Muhit, Kaherah, Mesir.
Manusia adalah ciptaan Allah yang paling indah dan sempurna... Manusia di berikan akal dan hati untuk melalui kehidupan di dunia ini... Tapi dalam pada itu manusia ini juga banyak kelemahan... Miss juga manusia biasa yang tak kan pernah lari dari melakukan kesilapan... Kadang kala miss merungut apabila sering di uji dan duga dengan pelbagai masalah... Tapi miss lupe yang sesungguhnya tidak semua manusia akan mendapat anugerah ujian dari Allah ini...
Wahai Hamba Ilahi,
Allah mendugamu bukan kerana Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin
mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali
lurus pada jalanNya..
Ingatlah,
Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu
melupakan-Nya, melupakan ayat-ayat-Nya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita
pinjam dari-Nya..
Ketika kita senang, dengan mudah kita meninggalkanNya. Ketika kita susah,
kita meraung menyeru namaNya. tidak malu kah kita padaNya? sedarlah ! kita
hambaNya bukan siapa-siapa. Jika tidak kerana kasih sayangNya kita tidak akan
dapat merasai apa yang kita miliki ketika ini..
Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap
orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan
ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
Allah berfirman :Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [ Surah Al-Baqarah: ayat 153].
Kesimpulan bagi ayat yang dibincangkan iaitu ayat 35, surah Al-Anbiyaa' di atas mempunyai tiga perkara penting untuk kita menyadarinya iaitu :
- Allah menguji manusia dengan kesenangan untuk manusia bersyukur.
- Allah menguji manusia dengan kesusahan untuk manusia bersabar.
- Manusia akan dinilai oleh Allah dihari pembalasan kelak.
Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka.
Hadapilah segala ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya.Tersenyumlah kerna
setiap kesulitan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan.Sesungguhnya dugaan dan
ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita. Oh
untungnya diri miss. Tanpa miss sedar miss adalah salah seorang dari hamba yang di kasihi Allah S.W.T...
Marilah kembali menjadi hamba-Nya,
kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita agar terus
berjaya di masa depan .Jangan biarkan kegagalan itu membunuh jiwa kita untuk
terus bangkit. Miss cuba sedaya upaya memujuk hati dan minda untuk tabah melalui segala ujian kerana sesungguhnya setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya yang kita belum ketahui....
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih
hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu
orang-orang yang beriman." – (Surah Al-Imran:139)
Buatmu wahai jiwa - jiwa yang terluka..
Jangan bersedih, kerana qadha' telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan
telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan
telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan
anda tidak dapat mendahulukan atau menta'khirkan kenyataan yang terjadi, dan
tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.
Jangan bersedih, sebab kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan
putaran roda zaman, menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam
kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang dan mengembalikan aliran sungai ke
sumbernya semula!
Jangan bersedih, kerana orang yang merasa sedih itu bagai sungai, muaranya di
laut dan mengalir ke laut kembali. Ia juga ibarat seorang wanita yang mengurai
pintalan tenun yang kuat pintalannya, dan ibarat seseorang yang menulis di atas
air dengan tangannya.
Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan
ketenangan anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan,
jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan
dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;
إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.
Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar (الصبر) oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.
Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.
Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;
أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]
Kesimpulan
Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti aka nada perkara yang lebih baik menanti.
Kita tidak akan sesekali dapat
menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,
Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnyaPercayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnyaPercayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !
Alhamdulillah kini miss redha atas segala ketentuan Allah.. Miss lepaskan dia miss doakan dia berbahagia atas pilihannya....
Subscribe to:
Posts (Atom)