Monday 30 January 2012

Sok Sek Sok Sek Anugerah Juara Lagu 2012





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia.. adoiiii dah kebah ke agaknya demam2 korang? he6 Rasa2 segalanya telah terjawab ye tak? Seperti yang kita tahu , " segala keputusan juri adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan di layan"..... So, walau apa pun korang nak cakap " ada Miss kesah?? " ha6... Anggap la yang menang tu ada lah rezeki mereka... Bagi Miss, semua keputusan semalam sangat2 miss puas hati dan rasa juri dah buat keputusan yang sangat2 adil...
Jom kita layan sikit gambar2 Red Carpet AJL 26 ni...

Bertemakan AIR.... Di TV3







EKSa9 GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU

Sheila Hamzah yang semakin matang dalam berfesyen.. Miss suke gilerr suaranyer...Jgn mrh


zFPcH GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU
Ni kak Nora Danish kita yg semakin the babommm.. hi6

kMB7e GAMBAR ARTIS DI AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU
Miss Yuna kiter...Miss suke tengok cara dia menggayakan  tudung...Tapi Miss tak berani nak mencubanyer.. Tahniah pada Yuna walaupun tak menang tapi Kamu sangat cantik ok!

                                             
Ni lah Muka juara kita "AWAN NANO nano nan nano..." he6 bak lagu Johan dan Zizan..Ape pun kamu pakai malam tu miss tak kesah yang penting miss suke Hafis bawak lagu Awan nano malam tu sangat puitis...Terharu miss....



Miss Suke sangat tengok baju Alyah malam tu... Comel sangat2 ok... Tahniah buat Alyah...Miss kagum dengan suara dia. Dia boleh nyanyi tanpa bergerak ok... I minat sangat kat u la...



So,  ni lah keputusan penuh Ajl 26... 
1. Persembahan terbaik - Alyah, Kisah Hati
2. Vokal Terbaik - Hafiz, Awan Nano
3. Tempat Kedua - 3 Suara, Beribu Sesalan
4. Tempat Ketiga - Faizal Tahir, Karma
5. Juara Anugerah Juara Lagu yang ke 26 dimenangi oleh Hafiz - Awan Nano.


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Thursday 26 January 2012

Movie & Drama Malaysia



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ  وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُه

Selamat Pagi dunia.... Segarnye miss rasa hari ni Alhamdulillah... Betul kata uztaz & uztazah jika kita tambahkan amalan kita akan rasa tenang dan lebih hepi walaupun sebenarnya kita ada masalah yang berat.. InsyaAllah.... hi6 ok hari ni miss nak cerita tentang movie & drama Malaysia sekarang ni... Malam semalam miss sempat gak layan drama Aishiteru @tv9..  Di lakonkan oleh Afiq Muiz, Erin Malik, Izue Islam, Dato’ Jalaluddin Hassan dan juga Wan Nor Azlin. Drama ini ada 13 episod...  Kisah bermula dengan Izrael, lakonan Afiq Muiz yang mempunyai tabiat suka berfoya-foya dan sering bertukar pasangan. Suatu hari ketika bersuka-ria di pub bersama rakan-rakan, Izrael ditahan oleh penguatkuasa kerana didapati memiliki pil ecstacy. Izrael bingung kerana dia sememangnya tidak pernah mengambil pil khayal itu dan hairan bagaimana pil itu boleh berada didalam poketnya. Akhirnya Izrael mendapat tahu ianya adalah kerja bekas teman wanitanya bernama Rania yang masih berdendam dengan Izrael kerana memutuskan hubungan cinta mereka.
Sehingga suatu hari, dia telah menyelinap mengikut rakan-rakannya bercuti ke Pulau Pangkor. Di satu perkampungan nelayan, Azira, lakonan Erin Malik, meratap sedih kerana terpaksa melepaskan sahabat baiknya Ammar melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
Izrael dan rakan-rakannya terserempak dengan Azira dan mereka mengusik Azira. Izrael yang sememangnya dikenali sebagai kaki perempuan dikalangan rakan-rakannya telah mengusik Azira yang mempunyai perwatakan yang cantik dan lembut. Sikap ‘jual mahal’ Azira membuatkan Izrael semakin tertarik untuk mendekatinya. Pelbagai cara dilakukan oleh Izrael sehingga penduduk kampung menyangka Azira telah menggatal dengan pemuda dari bandar. Gara-gara mulut Muna yang suka menjaga tepi kain orang terutamanya Azira menguatkan lagi sangkaan buruk penduduk kampung terhadap Azira. Azmi, abang Azira yang bersikap baran telah mengamuk dan telah menggertak untuk mengahwinkan Azira dengan Izrael. 
Cerita ni juga tentang sepasang remaja muda yang berkahwin awal.. Bestnya cerita ni sebab remaja ni meneruskan zaman cinta mereka tetapi sebagai suami isteri... macam biasa la cerita nye miss rasa mula2 mereka ni kahwin secara paksa oleh keluarga.. Teruskan kehidupan dengan gaduh2 then akhirnya nanti mereka akan sayang antara satu sama lain.. Kalau tak caya kita tunggu je cerita ni sampai penghujung nye... Untuk lebih lanjut ikuti cerita ni di Tv9 ye.Miss suka gak tengok pasangan yang berkahwin muda ni... Miss dulu pun pernah gak letak harapan nak kahwin muda tapi Jodoh belum sampai... Miss sentiasa doakan semoga miss akan di temukan dengan jodoh yang baik yang dapat membimbing miss ke jalan yang di redhai suatu hari nanti InsyaAllah... 

Aishiteru Khamis 8.30 mlm


Habis je drama ni Miss beralih plak pada Astro Ria cerita "Satu Malam Perawan".. Tajuknya je dah takut miss dengar.... Tu yang bersungguh2 miss nak tengok... Drama Satu Malam Perawan Lakonan Diana Danielle  bersiaran pada 26hb Januari 2012 (Khamis) Pukul 9.00 malam di slot Layaria , astro ria.Drama ni dikategorikan ,  . Pelakon lain yang  membintangi drama Satu Malam Perawan antaranya
Erin Malek , Wan Nur Azlin , Sheila Rusli dan Razak Ahmad... Sipnosisnye seperti Aisyah (Dania Danielle) dan adiknya, Mira (Erin Malik) telah diculik dan dijual kepada Mummy Nora dan akhirnya dilacurkan dalam usia yang begitu muda, iaitu 16 tahun. Walaupun tersiksa, Aisyah tidak pernah berhenti berdoa dan berusaha untuk melarikan diri. Saban hari Aisyah menghitung hari sehinggalah hari ke-21 tiba. Walaupun Badang mengawal ketat Aisyah, tetapi semangat Aisyah untuk melarikan diri mengatasi segalanya. Badang telahmenembak Aisyah sewaktu dia cuba lari, namun segalanya di saksikan oleh 2 orang pengawal hotel akhirnya Badang telah menembak dirinya sendiri. Cerita ni miss tak faham jalan ceritanya dan endingnya pun sekadar pada tulisan.. Miss juga baca banyak komen di facebook atas watak Kak nona yang di lakonkan oleh Sheila Rusli ni.. Kak nona ni wataknya seperti mak ayam tapi yang penonton2 tak puas hati tu sebab sheila rusli ni memakai tudung... Hurmmm pening gak miss mula tu.. Tapi bagi miss mybe di zaman 2012 ni ada mak ayam yang bertudung kot... Dan mungkin juga kak sheila kita ni dah pakai tudung tapi dia tetap nak membawa watak ni... So takkan la dia nak membuka tudungnya pula semata2 ketentuan skrip kan? Apa pun kita janganla cepat melatah.. Bagi miss kita ambil yang jernih buang yang keroh.. Jadikan segala tu sebagai pengajaran.. he6 takmo gaduh2 ye...




Untuk movie yang miss baru tengok pulak adalah movie yang terhangat sekarang ni " underworld"... Movie ni dari mula start sampai ke endingnye penuh dengan action je sampaikan miss pun terkejut bila lampu dah di pasang.. Tak puas rasa miss tengok.. Movie ni berkisar tentang sambunga saga perang antara Vampire dan Lycans. "Underworld: Awakening" menceritakan tentang vampir Selene (Kate Beckinsale) yang baru bangun setelah mengalami koma selama lima belas tahun. Ia pun menyadari bahwa dirinya memiliki putri berusia empat belas tahun yang merupakan persilangan antara vampir dan Lycan, Nissa. Ketika ia menemukan putrinya, mereka harus menghentikan BIOCOM untuk menciptakan Super Lycans yang akan membunuh mereka semua.. Miss rasa movie ni miss bagi 5 bintang.. Korang kena pegi tengok dan saksikan sendiri kehebatan movie ni....

Underworld_Awakening movie poster


So movie miss for this week is Journey The Mysterious Island 2... Miss tak tengok chapter first dia agak2 miss faham tak jalan cerita nya nanti? he2 apa2 pun miss akan tengok dulu then baru miss akan komen cerita ni.. Nampak macam menarik.. harap2 miss tak kan kecewa la... Miss rasa tahun 2012 ni banyak mempertaruhkan movie yang hebat2.. Rasa nya belanjawan miss akan banyak di habis kan di TGV or GSC nanti.. aduhaiii ni la nama nya hobikan... So layankan je la... k daaaaaaaaaaaaaaaaaaa




Wednesday 25 January 2012

Cuti - cuti Malaysia



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat pagi... Pagi yang cerah nan indah... Mood harini betul2 malas nak ke tempat kerja... hu6 Tambah pulak cuaca sejuk2 ni... Semalam pun miss terlajak tidur akhirnye korban 1 hari cuti tanpa sebab.. Tapi takpe la merehatkan badan dan otak yang letih melayan kerenah 4 hari bercuti di kampung dan menguruskan hal2 hati... Hi6 lawak tak? Miss tak sangka plak cuti ni banyak menguji diri miss... Mybe miss tak sedia lagi nak berkongsi... Nanti2 mana tahu kan... Apa pun yang miss dapat katakan ADA HIKMAH DI SEBALIK SETIAP KETENTUAN ALLAH itu... Bila ada ujian maka di situ mendekatkan kita PADA-NYA... InsyaAllah..

Ok stop pasal tu.... he6 Miss nak share plan2 cuti yang menarik untuk semua pembaca... Miss untuk cuti Gong Xi Fa Cai tak de kemana2 just lepak di rumah.. Mybe cuti yang akan datang ni miss nak gi bercuti la nak bawak teman tapi mesra miss berjalan2... Kat bawah ni miss ade share kan pelan2 terbaik yang boleh korang semua lakukan bersama keluarga dan insan2 tersayang....

Tempat2 menarik....

1) Genting Highland

Outdoor Theme Park at Genting
Ni suasana kat genting Highland ni... Orang panggil taman tema la... ada  outdoor & indoor game.. Sangat cool untuk release tension..


2) Bukit Tinggi


                                         Ha ni la tempat ni... banggunannya macam negara Inggeris. sweet & romantik....




bukit tinggi rabbit park
Ada taman Arnab tau... Arnab die comel2 sangat.. U all mesti geram kalu tengok.. Arnab ni juga daorg bagi kita pegang sendiri.. entrance fee pun tak le mahal sangat.. Memang berbaloi la... 


3) Cameron Highlands


 



Cameron Highlands - highland paradise for best tea valley -  best family holiday and honeymoon vacation - getting there - where to stay from budget to luxury hotels
                                                     Tak lain kalau teh2 , cactus2 & strawberry2 ni cameron la... Miss pun dah  beberapa kali plan tapi tak dapat di sempurnakan lagi atas sebab2 yang tidak dapat di elakkan... Mengidam strawberry ni... huhu


4) Sunway Lagoon
Selangor Sunway Lagoon

                                                                       ha6 ni pun best gak.. Miss pun tak pernah sampai
                                                                    lagi... Berkemungkinan next week miss nak gi terjah... Apa kata??? hi6

5) Bukit Ampang

                                                     ni adalah pemandangan dari atas  restoran di Look Out Point di Bukit ampang.


ampang look out point

                                                           sangat teruja tau... Nampak satu kuala Lumpur... Gayat miss time g sini..

6) I- City  Shah Alam


Snowalk, i-City, Shah Alam, Malaysia

Xmas tree and lights, i-City, Shah Alam
Gambar2 ni miss ambil dari laman tu.. Best kan? Bumi di sinari cahaya lampu yang sangat cantik.. Miss pun penah masuk  Snowalk dekat i-city tu...Sejuk gilerrr dan sangat besar tau.. Tak rugi bawak family korang g...hi6







Ate banyak dah tu contoh2 tempat miss bagi untuk korang cuti2 Malaysia kan... Sebenarnya banyak lagi tempat menarik kat Malaysia ni.. Korang buka je internet tanya kat Mr. Google.. Comfirm die akan bagitahu korang semua tempat2 menarik... hi6 ok sampai sini jer nanti kita share2 percutian kita ye.... Daaaaaaaaaaaaaaaaaa


Thursday 19 January 2012

Lagu Cinta


Assalamualaikum....

Ok untuk post petang ni Miss nak layan jiwang jap... Ha6 lagu ni miss suke sangat tambah plak cite nye pun ngah TERHANGAT DI PASARAN ye tak.... Katanye kutip berjuta2 walaupun ia baru di tayangkan... Miss lensa pun sama naik gak gi beratur di pawagam yang berhampiran untuk nak tengok selepas berkali-kali cuba nak book melalui web nye... Agak2 u olls dah dapat tangkap tak citer ape tu? Ha6 betul itulah     " OMBAK RINDU " 10 markah pada siapa yang jawab betul tu... Cerita nye boleh tahan gak sedu sedan gak miss kat dalam panggung tu... Yang ye nye Miss ni peminat setia ENCIK AARON AZIZ je...ha6 Suke miss tengok kehensoman nye itu... he6 Miss tak sabar nak tunggu lagu tu keluar kat karaoke... Agak2 siape la penyanyi lelaki yang akan berduet ngan miss tu ye? Hurmmmmmm nanti miss akan fikir-fikirkan... he6

so korang layan layan la lirik nye sama2 ngan miss... Sangat menyentuh hati tau... Ok Miss nak balik dah packing2 barang nak BALIK KAMPUNG OOOOO BALIK KAMPUNG HATI GIRANG... hi6 daaaaaaaaaaaa.....

Lirik Lagu Ombak Rindu– Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Ombak Rindu: Lebih 20 Kesilapan Filem Tidak Disedari Penonto
Ni   la cerita yang Miss rasa terhangat tahun 2011 


GONG XI FA CAI


Assalamualaikum....

Kartu IMLEK 2012
Comey dok ????  hehe
Selamat pagi buat kawan-kawan yang bukan beragama islam.... Cheeeewaaahhh sesuai la dengan tajuk pagi ni.... Kata   1 MALAYSIA kan... hihihihi So bagi kaum Cina mesti dah tak sabar-sabar nak menyambut nye kan.... Bagi kita ni pulak tak sabar nak cuti panjang je la kan.... So u all mesti balik kampung kan... Balik tu hati-hati ingat la orang yang tersayang... Miss Lensa pun balik kampung juga di Perak... Miss lensa pun dah tak sabar-sabar nak balik kampung ni... Siap ambil half day hari ni.... Hahahahah shhhuuutttttt jangan ikut macam Miss Lensa ye...hahahahahah

Miss nak share beberapa perkara yang Miss suke sangat kalau nak tiba nye  GONG XI FA CAI.. First saya akan ke pasaraya dan borong berkotak-kotak limau.. hehe tak tahu la miss mang pantang tengok limau ni... feveret sangat ahhh... Kalau mak Miss Lensa ni mesti dah tahu la... Dia pun geleng kepala je tengok miss.... Ni miss share gambar limau nyer... korang layan k...


Ni ha limau nyer... Adoiii terliur Miss tengok...




Tu baru pasal limau yang kedua miss nak share satu perkara yang miss dan akak ipar miss serta Mak miss suke sangat buat... Iaitu kerepek " Ngaku " atau bahasa saintifiknye "arrowhead" miss pun baru tahu nama nye.. Selalu miss panggil Sengkuang raya cina... Hahahah kelakar kan... nanti miss share kan resepinye ye... Korang kalau dah buat sekali mesti korang pun akan tertunggu2 raya cina tahun depan mengalahkan miss nanti.. Heheheh


Resepi Kerepek Ngaku 

Bahan-bahan :-

- Buah Ngaku
- Garam
- Minyak untuk menggoreng..

Cara - cara :-

- Buah Ngaku di kupas kulit pastu terus je rendam dalam air garam - Then Sagat mcm nak buat kepek pisang tu. Sagat terus dalam kuali tau lepas panaskan minyak dan goreng hingga garing... kemudian angkat dan tos minyaknye... Dah siap... senang tak? ha apa lagi tunggu cuba jangan tak cuba la... hihihih k kat bawah miss kongsi kan gambar kawan miss yang teruja mencuba resepi ni... Layannnnzzzzzz daaaaaaaaaaaa...



Ni la buah ngaku tu... Ha macam sengkuang x? hiihih
Ha sagat mcm ni tau terus ke dalam kuali....












ni la rupanya selepas siap di goreng... Ha teruja tak? hihiih
































k Selamat mencuba ye.................

Besday Celebration


Assalamualaikum....

Harini Miss Lensa nk cerita tentang sambutan besday kawan Miss Lensa kt opis.... Menu kek dan KFC yang di sponsor sendiri oleh Tuan Empunya Diri yang di raikan... Hihihihi buget kecik gini la... So kitaorg raikan die yg Menyambut Ulangtahun Yg ke- 27... Hepi Besday Echah..... Bukan main hepi lagi die tambah-tambah plak cik Ehem-ehem dia pun ada datang ke opis... Sejak tahun 2012 ni cik Ehem-Ehemnye dah berubah... Bagus la itu yang kita mahukan... So doakan je la semoga dia akan terus berubah ke arah kebaikan... Aminnnn
So layan la picture gediksss bangat dari kitaorang... Heheheh 

Ni la kek besday nye... Di beli oleh kak Zaie kita... Heheh tengok je ye...


Ni la Cik Echah kita bukan main senyum lagi dia memotong kek nye... Semoga panjang umur dan murah rezeki dan segala Impian akan tercapai... Amin


Ni la penyibuk-penyibuk untuk majlis ni.... Comey-comey dok? hehehhehe

Habis bergambar je time untuk makan... so korang ambik bau je ye... Hihiihih daaaaaaa...


Wednesday 18 January 2012

Salam Perkenalan


Hari ni buat pertama kalinya saya menulis di blog ni.... Menggeletar gak tangan ni hahhha... Dalam fikiran saya terfikir untuk apa saya buat blog ni? hurrrmmmm setelah lama di fikirkan saya rasa saya buat blog ni untuk saya tulis setiap kisah pahit manis perjalanan hidup saya...

Zaman 2012 ni bukan mudah kita nak cari pendengar setia... So saya rasa pada blog ni je la kot saya nk ceritakan semua apa yang saya rasa nak tulis dan nak share ngan semua... hihihihih Harap-harap la saya juga dapat berkongsi apa je yang saya rasa terbaik nak di kongsikan... Kalau ada yang terlebih sudah tu saya minta maaf la... Yang baik datang nya Dari Allah S.W.T yang buruk itu datang dari kesilapan saya sendiri...

So sudi-sudilah baca blog saya ni k.....


Salam sayang dari Miss Lensa.

rose